Wednesday 13 April 2011

BETULKAN PENCAWANG ELEKTRIK BERHAMPIRAN RUMAH BERBAHAYA??

Bukti Baru Menyatakan Talian Kuasa Elektrik Voltan Tinggi Sebabkan Kanser

Bukti baru betapa talian kuasa elektrik voltan tinggi menyebabkan kanser dengan menjadikan butiran pencemaran melekat ke paru-paru manusia telah didedahkan oleh pasukan kajian dari Universiti Bristol.
Kajian pasukan itu menunjukkan yang butiran asap kereta mendapat charge elektrik dari talian kuasa elektrik yang menjadikan mereka ‘melekit’- menyebabkan orang yang tinggal berhampiran talian itu terdedah kepada 2 atau 3 kali dos harian bahan cemar yang berpotensi merosakkan peparu mereka.
David Henshaw dari Universiti Bristol berkata penemuan itu ialah ‘hubungkait yang hilang’ yang menunjukkan bagaimana talian kuasa boleh menyebabkan kejadian kanser secara berkelompok- sesuatu yang industri elektrik sejagat telah belanjakan jutaan Pound mengkaji tanpa mendapat jawapan yang tepat.
Kaji selidik beliau telah disokong oleh Dr Alan Preece di Sekolah Perubatan Bristol di mana kajian di Barat negara itu telah menunjukkan betapa penduduk yang tinggal 500 meter di bawah tiupan angin talian kuasa mempunyai 29 peratus peluang mengidap penyakit kanser paru-paru. Penemuan ini mengesahkan bagaimana kawasan habuk yang ‘melekit’ dari ekzos kereta dibawa arah angin dari talian kuasa itu.
Kedua lelaki terpelajar itu percaya yang pembinaan rumah baru berhampiran talian kuasa atau membenarkan pembinaan talian kuasa elektrik baru berhampiran rumah wajar dihentikan sehinggalah kajian mereka disiasat. Larangan sebegitu telah pun wujud di AS dan Sweden. (bagaimana dengan di Malaysia??- Penterjemah) Saintis itu telah pun mendapat sokongan dari William Hague, ketua parti Tory. Northallerton, dalam kawasan Parlimennya telah mengidap kanser yang tidak dapat diterangkan dan tinggal berhampiran talian kuasa.
Kajian bagi mencari hubungan antara talian kuasa dan kanser telah berjalan selama 20 tahun, tetapi saintis telah mengkaji penyebab yang lain- kesan medan elektromagnet yang dihasilkan oleh talian itu.
Apa yang pasukan Prof Henshaw temui bukanlah kesan langsung ke atas badan tetapi kesan mekanikal tidak langsung yang menyebabkan pengumpulan bahan cemar dalam paru-paru.
Pengukuran yang diambil di UK dan Eropah menunjukkan semua talian kuasa dikelilingi oleh korona ion yang bercaj. Semakin lama dan kasar talian itu, semakin besar korona tersebut. Ion dari korona itu dibawa aliran angin mengikut angin, melekatkan diri mereka kepada 15,000 butiran debu bagi setiap satu meter kubik pencemaran yang terapung di udara. .
Ion itu menyebabkan debu memperolehi caj elektrik dan menyebabkan mereka melekit ke permukaan. Apabila mereka masuk ke kapilari darah dalam paru-paru ianya tertarik ke permuakaan dan melekat.
Prof Henshaw berkata: “ini tidak akan berlaku sekiranya talian itu dibumikan (ditanam). Kita memiliki teknologi itu cuma harganya begitu tinggi.”
Dr Preece seorang Epidemiologis di jabatan onkologi (barah) Bristol akan memberitahu dalam rancangan Radio 4 hari ini yang ia melihat kejadian kanser di seluruh Barat Daya England bagi menghakimi risiko relatif bagi mereka yang tinggal dalam jarak 400 meter dari talian kuasa.
“Kami menjumpai berlebihan angka mereka yang mengidap barah paru-paru dalam kumpulan itu yang tinggal sekitar 400 meter dari rtalian kuasa ketika diagnosis dibuat.” Beliau berkata elemen yang paling mengejutkan ialah kanser itu hanya berlaku di kawasan bawah angin dari talian (downwind).
Dr Preece enggan membincangkan penemuannya itu secara mendalam sehingga ianya diteliti oleh saintis lain tetapi laporan yang dibuat kepada ‘Bioelectromagnetics Society’ di Munich awal tahun ini berkata angka itu 29 %- dan ianya telah pun mengambil-kira kesan merokok.
Hague berkata dalam konstituensinya ia mempunyai lapan kes leukemia kanak-kanak, kanser hati dan lain penyakit berhampiran talian kuasa. Selepas berjumpa Prof Henshaw, beliau berkata: “berkaitan dengan pembinaan talian baru, Grid Nasional wajar menyelidik bukti baru sebelum meneruskan juga projek itu.”
Dr John Swanson, penasihat Saintifik kepada Grid Nasional dan penasihat tentang elektrik dan medan magnetik kepada Persatuan Elektrisiti berkata ia menerima bukti yang dibawa Prof Henshaw yang menunjukkan talian kuasa memberi kesan ke atas debu yang dibawa angin. “Saya tidak percaya yang ia telah menunjukkan bahan itu mempunyai kesan ke atas kesihatan.”
“Kita tidak pernah mengatakan secara kategorinya yang talian kuasa selamat, itu bukanlah suatu yang jujur. Apa yang kita katakan ialah apabila anda melihat kajian secara menyeluruh anda akan membuat konklusi yang keseimbangan bukti yang talian kuasa tidak mempunyai kesan ke atas kesihatan.”

____________________________________________________________________________
Adakah pencawang telekomunikasi bahaya?

Adakah anda merasa bimbang dengan pencawang telekomunikasi yang berdiri megah berhampiran kediaman boleh menyebabkan otak anda seperti ‘dimasak’ dan hilang fungsi secara perlahan-lahan?
MRI terbitan Astro pernah memaparkan isu ini dimana penduduk di sebuah Taman di Cheras membuat aduan tentang pencawang berdekatan rumah telah menyebabkan kesihatan mereka sering terganggu.
Isu ini juga telah digunakan sebagai bahan politik oleh parti kerajaan (MCA) dan pembangkang (DAP) semasa pilihanraya di Machap, Melaka beberapa bulan yang lalu. Permintaan mereka ialah syarikat telekomunikasi terbabit (termasuk tempat saya bekerja) mestilah mengalihkan pencawang jauh dari tempat mereka tinggal.
Mereka-mereka yang membuat aduan ini juga adalah pengguna telefon mudah alih. Jika mereka merasakan pencawang tersebut boleh mengancam nyawa mereka lalu membuat aduan. Persoalannya, jangan harap pengadu ini akan mendapat liputan yang baik jika pencawang ini berada jauh dari tempat mereka.
WHO (World Health Organisation) ada melaporkan, setakat ini tiada bukti saintifik mengatakan pancaran gelombang radio dari pencawang adalah bahaya . Dalam laporan itu juga ada mengatakan pancaran gelombang radio dari pencawang telefon mudah alih adalah lebih rendah kandungan elektromagnetik jika dibandingkan dengan pancaran dari pencawang penyiaran seperti Radio FM dan Television.
Secara teorinya gelombang radio untuk penyiaran menggunakan frekuensi rendah(100-400Mhz) dan gelombang radio untuk telefon mudah alih menggunakan frekuensi semi tinggi(900-1800Mhz). Yang nyata, disebabkan frekuensi rendah, tubuh manusia akan menyerap 5 kali ganda pancaran gelombang penyiaran radio FM/Television berbanding gelombang semi tinggi untuk telefon mudah alih. Lagi pun radio FM/Television sudah beroperasi lebih 50 tahun di negara kita dan hingga kini tiada bukti ada kes yang menyebabkan kanser atau gangguan kesihatan lain.
Pada masa hadapan teknologi semakin berkembang pesat. Sekiranya pada masa lalu komunikasi menggunakan wayar atau kabel, sekarang ini segalanya berubah menjadi tanpa wayar(wireless). Untuk merealisasikan matlamat ini kerajaan telah menggalakkan syarikat telekomunikasi meningkatkan keupayaan perkhidmatan supaya dapat dinikmati oleh pengguna diseluruh negara.
Dengan sebab itu syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menaik taraf dengan cara meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menambah pencawang-pencawang ke seluruh negara. Sekiranya isu-isu seperti ini timbul dan digunakan untuk kepengtingan masing-masing tentunya boleh mengganggu matlamat merealisikan hasrat ini.
Teknologi telefon mudah alih dan jalur lebar akan datang seperti 3G, 3.5 G dan Wimax perlukan lebih banyak pencawang dibina supaya pengguna-pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini di mana-mana sahaja mereka berada seperti di bandar, kampung, pusat peranginan, dalam hutan mahupun di atas gunung.
Dengan bukti saintifik yang ada, tiada alasan mengatakan pencawang telekomunikasi ini bahaya kepada manusia. Pengadu-pengadu yang juga mungkin pengguna tidak seharusnya meletakkan punca gangguan kesihatan hanya disebabkan kewujudan pencawang-pencawang telekomunikasi. Banyak faktor lain yang boleh menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti pencemaran alam, air, makanan dan sebagainya. Oleh itu berhenti dari mengarahkan pencawang-pencawang ini dirobohkan atau dialihkan kerana tiada bukti ini adalah puncanya

2 comments:

  1. good info
    http://metrobestmom.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. takut kena saman lah tu cakap takda...hakikat tetap hakikat kalau mmg ada cakap saja ada , takut kena block ka haha

    ReplyDelete