Wednesday 13 April 2011

KANAK-KANAK PINTAR DI MALAYSIA

 Ainan Celeste Cawley.


Di Malaysia kita boleh berbangga kerana memiliki si genius Adi Putra yang pintar dalam matematik, kini seorang lagi kanak-kanak pintar dan paling genius dalam kimia, Ainan Celeste Cawley di katakan belajar di Malaysia.Gelaran kanak-kanak paling genius di dunia diberikan kepada Ainan ketika kejayaannya dimuatkan dalam siri dokumentari di United Kingdom iaitu “The World’s Cleverest Child and Me".

Mengenai
Ainan:-


  • Nama penuhnya : Ainan Celeste Cawley.
  • Anak sulong kepada pasangan Valentine Cawley dan Syahidah Osman Cawley.
  • Ibunya adalah warganegara Malaysia dan bapanya asal dari Ireland
  • Ainan mula merangkak pada usia 4 bulan, berjalan ketika 6 bulan dan berlari ketika 8 bulan.
  • Pada umur 6 tahun, Ainan mula menunjukkan minat membaca buku kimia.
  • Syahidah dan suaminya, Cawley mengajar Ainan mata pelajaran fizik secara tidak formal di rumah.

Kejayaan dan pencapaian peribadi Ainan Celeste Cawley setakat ini:-
  • Ainan menduduki ujian kimia peringkat O-Level ketika usianya tujuh tahun dan lulus ujian tersebut dan merupakan manusia termuda di dunia mencapai pencapaian itu.
  • Kejayaan Ainan dicatatkan dalam Singapore Book of Records
  • Kanak-kanak pintar kimia pertama di dunia yang mendaftar masuk ke sebuah universiti.


Tahap Pengajian:-
  • Pernah menuntut di University Cambridge di Singapura selama 3 tahun kemudian berhenti setelah merasakan sistem pembelajarannya tidak fleksibel dan terlalu tegas.
  • Akhirnya Kolej Universiti HELP di Pusat Bandar Damansara menjadi pilihan ibu bapa Ainan untuk menyambung pengajiannya dalam Ijazah Program Amerika
  • Ainan juga akan mengambil kursus sains komputer, di samping meneruskan pengajian kimia, subjek fizik dan matematik peringkat A-Level.
  • Program pembelajarannya akan berubah mengikut minat Ainan sendiri.

BILIONAIRE DI MALAYSIA

BERITA JUTAWAN : Robert Kuok kekal orang terkaya di Malaysia


BERITA DARI MYMETRO.

Robert Kuok kekal orang terkaya di Malaysia

KUALA LUMPUR: Kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia terus mencatat peningkatan dengan kekayaan mereka yang terkumpul bernilai RM156.7 bilion pada 15 Januari atau 63 peratus lebih daripada RM96.3bilion berikutan pemulihan dalam pasaran saham, demikian didedahkan hasil satu kaji selidik oleh Malaysian Business.
Bagaimanapun, menurut kenyataan hasil kaji selidik majalah itu yang dikeluarkan hari ini, kekayaan terkumpul mereka masih kurang daripada RM171.9 bilion yang direkodkan pada 2008.


Penanda aras FBM KLCI telah meningkat 44.3 peratus sejak kaji selidik terakhir ketika masyarakat dunia berusaha bangkit semula berikutan krisis kewangan global.


Senarai penuh 40 orang terkaya dan maklumat mengenai kekayaan mereka diterbitkan dalam majalah itu dalam keluaran 16 Februari. Seperti tahun lalu, kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Januari tahun ini.


Kaji selidik itu juga menunjukkan hampir separuh daripada senarai yang tercatat tahun ini melonjak 50 peratus atau lebih.


Ada lebih jutawan tahun ini -- 22 orang iaitu lebih lapan orang berbanding tahun lalu.

Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya "Raja Gula" tahun lalu, masih mendahului senarai dengan kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.


Hartawan telekomunikasi, Ananda Krishnan berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan RM27 bilion.


Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd menduduki tempat ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion diikuti ahli perbankan terkemuka, Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaannya berjumlah RM10.86 bilion.


Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dengan kekayaan bernilai RM10.38 bilion, melonjak kepada kedudukan kelima. Ini kerana beliau mewarisi sejumlah besar kekayaan daripada mendiang bapanya, Tan Sri Lim Goh Tong.


Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong menduduki tempat keenam dengan RM7.09 bilion, manakala Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary dengan kekayaan bernilai RM6.01 bilion, menduduki tempat ketujuh.


Jutawan lain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah balu Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group.


Lima muka baru dalam senarai itu ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun. -Bernama

Berikut adalah senarai penuh 40 Jutawan di Malaysia.

1. Robert Kuok $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)

2. Ananda Krishnan $7.2 billion (Maxis, Astro)

3. Lee Shin Cheng $5.5 billion (IOI Group)

4. Teh Hong Piow $3.5 billion (Public Bank)

5. Lee Kim Hua & family $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)

6. Quek Leng Chan $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)

7. Yeoh Tiong Lay & family $2.1 billion (YTL Corp)

8. Syed Mokhtar AlBukhary $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff)

9. Vincent Tan $1.3 billion (Berjaya Group)

10. Tiong Hiew King $1.1 billion (Rimbunan Hijau)

11. Azman Hashim $700 million (AmCorp Group, formerly Arab-Malaysia)

12. William H. J. Cheng $660 million (Lion Group, Parkson)

13. Lee Swee Eng $495 million (KNM Group)

14. Ong Beng Seng $470 million (Hotel Properties Ltd, Natsteel)

15. Lim Kok Thay $345 million (son of late Lim Goh Tong, Genting Berhad)

16. Vinod Sekhar $320 million (Petra Group, known for its Green Rubber Global)

17. Lee Oi Hian $300 million (Kuala Lumpur Kepong or KLK)

18. Yaw Teck Seng $295 million (Samling Group)

19. Anthony Fernandes $290 million (AirAsia, Tune Hotels)

20. Mokhzani Mahathir $285 million (Kencana, authorized Porsche importer son of former permier Mahathir)

21. Kamarudin Meranun $280 million (AirAsia, Tune Hotels, Tony Fernandess lover *grin*)

22. Jeffrey Cheah $275 million (Sunway Group)

23. Lee Hau Hian $250 million (Batu Kawan, KLK, brother of Lee Oi Hian)

24. Chong Chook Yew $245 million (Selangor Properties, widow son is MD now)

25. Yaw Chee Ming $240 million (Samling Group, son of Yaw Teck Seng)

26. G. Gnanalingam $230 million (Westports Malaysia)

27. Lim Wee Chai $200 million (Top Glove, worlds largest rubber gloves manafacturer)

28. Kua Sian Kooi $195 million (Kurnia Asia, insurance)

29. Lau Cho Kun $185 million (Malaysian Mosaic)

30. Abdul Hamed Sepawi $180 million (Ta Ann, timber conglomerate)

31. David Law Tien Seng $165 million (Australian iron ore MidWest, T.S. Law Holdings)

32. Tiah Thee Kian $163 million (TA Enterprise)

33. Liew Kee Sin $160 million (SP Setia)

34. Ahmayuddin bin Ahmad $155 million (Westports Malaysia)

35. Eleena Azlan Shah $150 million (Gamuda largest individual shareholder)

36. Lin Yun Ling $145 million (Gamuda founder and MD)

37. Ong Leong Huat $130 million (OSk Group)

38. Lim Thian Kiat $115 million (former head of Multi-Purpose)

39. Khoo Kay Peng $110 million (MUI, U.K. retailer Laura Ashley)

40. Nazir Razak $100 million (Bumiputra Commerce Holdings, brother of deputy PM)

Menjadi Jutawan Daripada Perniagaan



Norsalehin Ismail Di anugerahi Gelaran Jutawan Setelah 2 Tahun Buat VeMMA...

Menjadi Muka Depan Untuk Majalah Jutawan June 2010 Yang Memaparkan Norsalehin Ismail Sebagai Jutawan Muda Pertama VeMMA Di Asia..
Mentor Jutawan #1:
Dato’ Dr Hj Fadzilah Kamsah
dfk
Pakar motivasi #1 Malaysia, Dato’ Dr Fadzilah Kamsah tidak lagi perlu diperkenalkan. Telah mengendalikan lebih daripada 7000 ceramah motivasi. Dalam Mentor Jutawan, beliau mendedahkan strategi-strategi bagaimana anda boleh menjadi seorang usahawan yang cemerlang. Dato’ Dr Fadzilah Kamsah memberi petua-petua hebat berteraskan contoh moden dan contoh Islamiah tentang minda seorang Jutawan.
Dato’ Dr Fadzilah Kamsah mendedahkan:
  • kisahnya yang tidak mendapat sokongan bapa apabila ingin memulakan perniagaan!
  • rahsia kejayaan beliau dalam bidang motivasi!
  • walaupun 9/10 rezeki datangnya dalam perniagaan, tetapi apakah penyebab 9/10 perniagaan gagal!
  • rahsia dalam menggandakan ilmu di dalam diri sendiri
  • cara menjadikan stress suatu yang positif!
… dan banyak lagi!
“Seseorang yang ingin cemerlang dalam apa jua bidang pun mesti ada guru dan mesti berguru. Dan ini yang orang kadang-kadang terlepas pandang”
- Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

Mentor Jutawan #2: Azizi Ali

Jurulatih Jutawan
aa
Pakar kewangan #1 Malaysia, Azizi Ali mendedahkan apa yang diperlukan untuk menjadi jutawan. Jurulatih jutawan telah melahirkan ramai jutawan melalui buku-buku dan juga seminarnya. Penulis buku terlaris termasuk, Jutawan dari planet Jupiter dan Lahirnya seorang Jutawan. Azizi Ali mendedahkan apa yang diperlukan untuk menjadi seorang jutawan ekstrem!
Antara topik yang di dedahkan:
  • apa satu perkara yang dilakukannya setelah perniagaan pertamanya gagal yang menjaminkan kejayaan perniagaan seterusnya?
  • bagaimana untuk memastikan lagi banyak wang kita dapat, tidak menjadi lagi banyak wang dibelanja?
  • 5 kunci menjadi jutawan ekstrem
  • faktor No #1 penting sebelum memulakan perniagaan!
  • bagaimana menggandakan pendapatan anda cara jutawan-jutawan lakukan!
… dan banyak lagi!
“Lalu terjumpa satu formula kejayaan di mana lebih banyak buku yang saya baca, maka saya bertambah kaya”
- Azizi Ali

Mentor Jutawan #3:

Dato’ Dr Rusly B Abdullah (Chef Li)
Jutawan Senyap
cl
Penulis buku trilogi terkenal, “Jutawan Senyap”, Chef Li mendedahkan rahsia untuk menjadi jutawan bidang masakan (food & beverage). Pengasas Institut Kulinari Anjung Seri, Chef Li bukan sahaja pakar dalam bidang masakan, tetapi, beliau telah melahirkan ramai usahawan-usahawan bidang masakan.
Antara topik yang di dedahkan:
  • apa yang membuat Chef Li memulakan perniagaan gerai dan berhenti kerja sebagai pegawai bank bergaji besar?
  • tentunya langkah beliau dikritik oleh keluarga dan kenalan- apa yang dilakukannya?
  • masakan yang sedap tidak menjaminkan perniagaan makanan anda berjaya! Ketahui prinsip 3C
  • perniagaan makanan margin untung lebih 100%!
  • apakah maksudnya formula kejayaan Chef Li TNS x L?
  • teknik di mana walaupun perniagaan kecil- cara ini menjaminkan anda untuk menjadi jutawan!
… dan banyak lagi!
“Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif”
-Chef Li

Mentor Jutawan #4:

Dato’ Dr Azman Ching
Jutawan MLM
ac
Jutawan MLM terkemuka, Dato’ Dr Azman Ching mendedahkan kisah perit jerihnya, bagaimana daripada zero, menjadi seorang hero. Pakar motivasi dan juga usahawan yang disegani, Dato Dr Azman Ching mendedahkan rahsianya bagaimana beliau menjadi jutawan MLM dengan lebih 250,000 orang downline!
Antara topik yang didedahkan:
  • pentingnya komunikasi dalam perniagaan dan bagaimana sekiranya anda yang pemalu juga boleh hebat dalam komunikasi!
  • rahsia menjadi hebat dalam MLM
  • Teknik “Doktor dalam peperangan” yang pasti akan melipatkali gandakan prospek anda!
  • strategi A-B-C dalam mendapatkan downline pada bila-bila masa sahaja, tidak kira keadaan kewangan anda!
  • formula kekayaan Azman Ching = K-A-S-H
… dan banyak lagi!
“Apa yang paling penting adalah setelah kita miliki segala-galanya, maka satu lagi yang kita beri adalah kepada masyarakat”
-Dato’ Dr Azman Ching

Mentor Jutawan #5:

Billi Lim
Jutawan berani gagal
bl
Jutawan yang berani gagal, World’s No #1 Failure Guru, Billi Lim. Sejak kecil, dalam hubungan kekeluargaan, beliau gagal. Dalam pendidikan, beliau gagal. Dalam cinta, beliau gagal. Dalam perniagaan beliau gagal. Sehingga Billi jumpa formula berani gagal! Kini Billi Lim merupakan penulis dan speaker yang terkenal dengan gayanya tersendiri memberi fokus bahawa kegagalan adalah batu loncatan untuk berjaya.
Antara topik yang didedahkan:
  • kisahnya yang gagal dalam segala-galanya!
  • bagaimana ubahkan kegagalan menjadi kejayaan
  • menjadi gembira tidak memerlukan syarat- rahsia berfikiran positif!
  • cara menghilangkan perasaan takut pada rejection dan bagaimana mengurangkan rejection!
  • apakah yang dimaksudkan dengan X-Factor di mana semua jutawan perlu ada?
… dan banyak lagi!
“Sekarang, jika kita tidak ambil risiko dan berani, kita tidak boleh jadi kaya. Tidak boleh menjadi jutawan kerana peluang adalah lebih banyak daripada dulu”
- Billi Lim
Mentor Jutawan #7:



Abang Abu
Usahawan Jutawan
aab
Abang Abu adalah motivator kewangan terkenal di Singapura! Seorang usahawan, motivator dan juga ikon TV Singapura, Abang Abu mendedahkan rahsianya menjadi jutawan pada umur 26 tahun. Bagaimana seorang insan ini yang melalui satu kemalangan yang ngeri yang telah meragut nyawa kedua ibu bapanya dan hampir mengambil nyawanya juga, telah bangun dan menentang arus dan menjadi seorang jutawan?
Kisah inspirasi yang pasti akan menyuntik semangat anda serta strategi kewangan yang didedahkan di seminar terlarisnya di Singapura!
Antara topik yang didedahkan:
  • bagaimana Abang Abu bangun daripada tragedi kemalangan yang meragut nyawa kedua ibu bapanya sehingga menjadi seorang jutawan pada umur 26 tahun?
  • kata Abang Abu, semua orang yang ingin berjaya memerlukan PHD!
  • mencapai matlamat semudah A-B-C-D
  • 6 Peringkat penting bebas kewangan
  • Cara INVEST dalam perniagaan
  • mengapa memilih rumah kedai sebagai pelaburan dan bukan rumah?
  • 8 Langkah untuk jadi kaya… raya
… dan banyak lagi!
“Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda”
- Abang Abu

Mentor Jutawan #8:

Irfan Khairi
Jutawan Internet
ik
Peneraju program “Jutawan”, Irfan Khairi mendedahkan rahsia kejayaannya. Apa yang dilakukan oleh pemuda ini untuk menjadi jutawan? Bagaimana beliau perlu bekerja sebagai seorang tukang cuci pasaraya dan tandas selama 2 tahun untuk mengumpul wang membeli buku motivasi dan ceramah motivasi? Namun, kesemuanya telah memberi pulangan beribu kali ganda. Ketahui tips dan strategi Irfan Khairi, jutawan Internet kita!
Antara topik yang didedahkan:
  • apa yang memotivasikan Irfan Khairi ingin jadi jutawan ketika berumur 18 tahun?
  • untuk mencapai matlamat, Irfan Khairi terpaksa bekerja sebagai tukang cuci tandas selama dua tahun. Mengapa?
  • satu-satunya formula untuk berjaya yang di akui oleh kesemua ikon jutawan
  • 2 kaedah promosi perniagaan Internet Irfan Khairi yang mengubahkan keadaan dari 3 pelanggan setahun kepada 3 pelanggan setiap hari!
  • strategi membaca 100 buah buku dengan hanya meluangkan 1 jam sehari!
… dan banyak lagi!
“Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang, atau sepuluh tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini”
-Irfan Khairi

um

BETULKAN PENCAWANG ELEKTRIK BERHAMPIRAN RUMAH BERBAHAYA??

Bukti Baru Menyatakan Talian Kuasa Elektrik Voltan Tinggi Sebabkan Kanser

Bukti baru betapa talian kuasa elektrik voltan tinggi menyebabkan kanser dengan menjadikan butiran pencemaran melekat ke paru-paru manusia telah didedahkan oleh pasukan kajian dari Universiti Bristol.
Kajian pasukan itu menunjukkan yang butiran asap kereta mendapat charge elektrik dari talian kuasa elektrik yang menjadikan mereka ‘melekit’- menyebabkan orang yang tinggal berhampiran talian itu terdedah kepada 2 atau 3 kali dos harian bahan cemar yang berpotensi merosakkan peparu mereka.
David Henshaw dari Universiti Bristol berkata penemuan itu ialah ‘hubungkait yang hilang’ yang menunjukkan bagaimana talian kuasa boleh menyebabkan kejadian kanser secara berkelompok- sesuatu yang industri elektrik sejagat telah belanjakan jutaan Pound mengkaji tanpa mendapat jawapan yang tepat.
Kaji selidik beliau telah disokong oleh Dr Alan Preece di Sekolah Perubatan Bristol di mana kajian di Barat negara itu telah menunjukkan betapa penduduk yang tinggal 500 meter di bawah tiupan angin talian kuasa mempunyai 29 peratus peluang mengidap penyakit kanser paru-paru. Penemuan ini mengesahkan bagaimana kawasan habuk yang ‘melekit’ dari ekzos kereta dibawa arah angin dari talian kuasa itu.
Kedua lelaki terpelajar itu percaya yang pembinaan rumah baru berhampiran talian kuasa atau membenarkan pembinaan talian kuasa elektrik baru berhampiran rumah wajar dihentikan sehinggalah kajian mereka disiasat. Larangan sebegitu telah pun wujud di AS dan Sweden. (bagaimana dengan di Malaysia??- Penterjemah) Saintis itu telah pun mendapat sokongan dari William Hague, ketua parti Tory. Northallerton, dalam kawasan Parlimennya telah mengidap kanser yang tidak dapat diterangkan dan tinggal berhampiran talian kuasa.
Kajian bagi mencari hubungan antara talian kuasa dan kanser telah berjalan selama 20 tahun, tetapi saintis telah mengkaji penyebab yang lain- kesan medan elektromagnet yang dihasilkan oleh talian itu.
Apa yang pasukan Prof Henshaw temui bukanlah kesan langsung ke atas badan tetapi kesan mekanikal tidak langsung yang menyebabkan pengumpulan bahan cemar dalam paru-paru.
Pengukuran yang diambil di UK dan Eropah menunjukkan semua talian kuasa dikelilingi oleh korona ion yang bercaj. Semakin lama dan kasar talian itu, semakin besar korona tersebut. Ion dari korona itu dibawa aliran angin mengikut angin, melekatkan diri mereka kepada 15,000 butiran debu bagi setiap satu meter kubik pencemaran yang terapung di udara. .
Ion itu menyebabkan debu memperolehi caj elektrik dan menyebabkan mereka melekit ke permukaan. Apabila mereka masuk ke kapilari darah dalam paru-paru ianya tertarik ke permuakaan dan melekat.
Prof Henshaw berkata: “ini tidak akan berlaku sekiranya talian itu dibumikan (ditanam). Kita memiliki teknologi itu cuma harganya begitu tinggi.”
Dr Preece seorang Epidemiologis di jabatan onkologi (barah) Bristol akan memberitahu dalam rancangan Radio 4 hari ini yang ia melihat kejadian kanser di seluruh Barat Daya England bagi menghakimi risiko relatif bagi mereka yang tinggal dalam jarak 400 meter dari talian kuasa.
“Kami menjumpai berlebihan angka mereka yang mengidap barah paru-paru dalam kumpulan itu yang tinggal sekitar 400 meter dari rtalian kuasa ketika diagnosis dibuat.” Beliau berkata elemen yang paling mengejutkan ialah kanser itu hanya berlaku di kawasan bawah angin dari talian (downwind).
Dr Preece enggan membincangkan penemuannya itu secara mendalam sehingga ianya diteliti oleh saintis lain tetapi laporan yang dibuat kepada ‘Bioelectromagnetics Society’ di Munich awal tahun ini berkata angka itu 29 %- dan ianya telah pun mengambil-kira kesan merokok.
Hague berkata dalam konstituensinya ia mempunyai lapan kes leukemia kanak-kanak, kanser hati dan lain penyakit berhampiran talian kuasa. Selepas berjumpa Prof Henshaw, beliau berkata: “berkaitan dengan pembinaan talian baru, Grid Nasional wajar menyelidik bukti baru sebelum meneruskan juga projek itu.”
Dr John Swanson, penasihat Saintifik kepada Grid Nasional dan penasihat tentang elektrik dan medan magnetik kepada Persatuan Elektrisiti berkata ia menerima bukti yang dibawa Prof Henshaw yang menunjukkan talian kuasa memberi kesan ke atas debu yang dibawa angin. “Saya tidak percaya yang ia telah menunjukkan bahan itu mempunyai kesan ke atas kesihatan.”
“Kita tidak pernah mengatakan secara kategorinya yang talian kuasa selamat, itu bukanlah suatu yang jujur. Apa yang kita katakan ialah apabila anda melihat kajian secara menyeluruh anda akan membuat konklusi yang keseimbangan bukti yang talian kuasa tidak mempunyai kesan ke atas kesihatan.”

____________________________________________________________________________
Adakah pencawang telekomunikasi bahaya?

Adakah anda merasa bimbang dengan pencawang telekomunikasi yang berdiri megah berhampiran kediaman boleh menyebabkan otak anda seperti ‘dimasak’ dan hilang fungsi secara perlahan-lahan?
MRI terbitan Astro pernah memaparkan isu ini dimana penduduk di sebuah Taman di Cheras membuat aduan tentang pencawang berdekatan rumah telah menyebabkan kesihatan mereka sering terganggu.
Isu ini juga telah digunakan sebagai bahan politik oleh parti kerajaan (MCA) dan pembangkang (DAP) semasa pilihanraya di Machap, Melaka beberapa bulan yang lalu. Permintaan mereka ialah syarikat telekomunikasi terbabit (termasuk tempat saya bekerja) mestilah mengalihkan pencawang jauh dari tempat mereka tinggal.
Mereka-mereka yang membuat aduan ini juga adalah pengguna telefon mudah alih. Jika mereka merasakan pencawang tersebut boleh mengancam nyawa mereka lalu membuat aduan. Persoalannya, jangan harap pengadu ini akan mendapat liputan yang baik jika pencawang ini berada jauh dari tempat mereka.
WHO (World Health Organisation) ada melaporkan, setakat ini tiada bukti saintifik mengatakan pancaran gelombang radio dari pencawang adalah bahaya . Dalam laporan itu juga ada mengatakan pancaran gelombang radio dari pencawang telefon mudah alih adalah lebih rendah kandungan elektromagnetik jika dibandingkan dengan pancaran dari pencawang penyiaran seperti Radio FM dan Television.
Secara teorinya gelombang radio untuk penyiaran menggunakan frekuensi rendah(100-400Mhz) dan gelombang radio untuk telefon mudah alih menggunakan frekuensi semi tinggi(900-1800Mhz). Yang nyata, disebabkan frekuensi rendah, tubuh manusia akan menyerap 5 kali ganda pancaran gelombang penyiaran radio FM/Television berbanding gelombang semi tinggi untuk telefon mudah alih. Lagi pun radio FM/Television sudah beroperasi lebih 50 tahun di negara kita dan hingga kini tiada bukti ada kes yang menyebabkan kanser atau gangguan kesihatan lain.
Pada masa hadapan teknologi semakin berkembang pesat. Sekiranya pada masa lalu komunikasi menggunakan wayar atau kabel, sekarang ini segalanya berubah menjadi tanpa wayar(wireless). Untuk merealisasikan matlamat ini kerajaan telah menggalakkan syarikat telekomunikasi meningkatkan keupayaan perkhidmatan supaya dapat dinikmati oleh pengguna diseluruh negara.
Dengan sebab itu syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menaik taraf dengan cara meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menambah pencawang-pencawang ke seluruh negara. Sekiranya isu-isu seperti ini timbul dan digunakan untuk kepengtingan masing-masing tentunya boleh mengganggu matlamat merealisikan hasrat ini.
Teknologi telefon mudah alih dan jalur lebar akan datang seperti 3G, 3.5 G dan Wimax perlukan lebih banyak pencawang dibina supaya pengguna-pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini di mana-mana sahaja mereka berada seperti di bandar, kampung, pusat peranginan, dalam hutan mahupun di atas gunung.
Dengan bukti saintifik yang ada, tiada alasan mengatakan pencawang telekomunikasi ini bahaya kepada manusia. Pengadu-pengadu yang juga mungkin pengguna tidak seharusnya meletakkan punca gangguan kesihatan hanya disebabkan kewujudan pencawang-pencawang telekomunikasi. Banyak faktor lain yang boleh menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti pencemaran alam, air, makanan dan sebagainya. Oleh itu berhenti dari mengarahkan pencawang-pencawang ini dirobohkan atau dialihkan kerana tiada bukti ini adalah puncanya